RSS

residents of 5sc1

residents of 5sc1
a few persons missing

Single? hehe....

more @ DR CINTA

Seindah Mawar Berduri



Beli! Beli!

Cinta adalah sesuatu yang didambakan oleh manusia. 

Cinta yang murni berlandaskan ajaran agama membawa manusia ke arah kebahagiaan. 

Cinta yang berlandaskan nafsu pula boleh membawa manusia ke lorong kehancuran. 

Namun, cinta yang datang itu adalah anugerah Ilahi yang menguji keimanan manusia. 

Haruskah cinta itu ditolak takkala usia remaja yang diharungi menuntut tumpuan untuk mencicip madu ilmu yang akan menjadi bekalan untuk mencapai kehidupan yang sempurna di dunia dan di akhirat? 

Khazinatul Azrar, seorang siswa jurusan Sains di sebuah universiti terdidik dalam landasan agama sejak kecil. Ketinggian sahsiah dirinya benar-benar memukau insan-insan yang berada di sekelilingnya. Tsabit, Mukhlisin, dan Asyraf, masing-masing mengimpikan cinta Khazinatul Azrar. Dengan kelebihan tesendiri, masing-masing berusaha memenangi hati gadis dambaan. Ibarat mawar berduri, cantik dipandang tetapi memiliki duri sebagai pelindung diri. Khazinatul Azrar tidak mudah tersirna dengan kilauan cinta berlandaskan nafsu. Baginya, cinta yang agung dan kudus hanyalah cinta kepada Allah. Namun adakah ada insan yang berjaya mencuri hatinya? 

Seindah Mawar Berduri menyingkap segala-galanya. "