RSS

residents of 5sc1

residents of 5sc1
a few persons missing

Kasut Crocs Ada Kalimah Allah

Sumber : Ustaz Nor Azmin


Masalah logo kepada kasut crocs yang hangat diperkatakan oleh orang sekarang ini. Setelah saya lihat logonya memang sangat serupa dengan kalimah Allah sama ada original atau tiruan. Pendapat saya, lebih baik elak dari membelinya dan elak dari memakainya, kerana kita dikira bersekonkol melaksanakan kerja jahat syarikat tersebut dalam menjatuhkan maruah Islam. Walaupun kita kuat sembahyang, tutup aurat, kuat sedekah dan berbagai ibadah yang lain kita buat, tetapi masih menggunakan kasut berlogo kalimah Allah, maka tiada gunanya ibadah kita selama ini, kecualilah kepada orang yang tidak tahu bahawa kasutnya ada kalimah Allah. Inilah yang disifatkan oleh Nabi Muhammad bahawa umatnya di akhir zaman diibaratkan seperti buih atau sampah di lautan, tiada tindakan yang boleh dibuat untuk membasmi masalah kasut logo kalimah Allah ini.

Saya percaya ada sebahagian umat Islam akan mengatakan bahawa
“inilah kerja ustaz dan orang agama itu tak boleh ini tak boleh semua haram”. Ada yang kata “alamak ustaz kasut nih sedap pakai dari kasut-kasut lain, kerana ia mudah dan senang, nak ambil air wuduk pun mudah nak pi jamban pun mudah”. Anda semua perlu ingat, Walau apa cara sekalipun hatta menggadaikan harta dan nyawa untuk mempertahankan Islam, maka wajib kita kena buat dan tiada terkecuali, kerana menjaga agama adalah kewajipan bagi umat Islam semua. Biarlah susah sikit untuk perkara dunia dan senang untuk perkara akhirat. Ganjaran sangat besar bagi orang yang sanggup mengorbankan dirinya untuk menagih cinta Ilahi. Kerja sebagai seorang Ustaz atau pendakwah ini sangat berat dan membetulkan salah orang, kalau bukan ustaz membetulkan salah orang siapa lagi. Adakah artis akan membetulkan salah masyarakat? Jelas ini memang kerja ustaz dan pendakwah, memang kena tegur kesalahan orang dan bukan menegur kesalahan binatang atau haiwan.

Saya seru kepada semua, jom kita boikot syarikat kasut tersebut dengan rasa sensetifnya terhadap penghinaan kalimah Allah tersebut. Inilah cara yang kita mampu buat dari yang lain dan kita sama-sama doakan agar kerajaan mengambil tindakan yang tegas terhadap syarikat-syarikat yang meletakkan kalimah Allah kasut dan sebagainya. Sebagai tanggungjawab Islam, maka wajiblah kita menyampaikan perkara kebaikan kepada saudara-saudara sesama Islam mengenai masalah ini. Saya akan buat aduan JAKIM tentang masalah kasut yang menggunakan kalimah Allah ini, sebagai rasa bertanggungjawab.

2 reply???:

JIYI said...

reunion2!!
haengbok kae..
hehe..
byk ag gamba2 lawa.awat xupload lakow laluh?hehe

n.haliban said...

hok lawa tu gambar dari hana...kena hana la upload...