salam minna-san...
Alhamdulilah hari ini masih lagi ALlah memberi kita nikmat dan kekuatan untok bangun untuk menunaikan kewajipan kita padaNYa..semoga hari kita terus diberkati ALLAH dan penuh dengan kurnia dan rezekiNYA..insyaAllah..
so minna!!!ok semua??hihi..hari nih rase ngantok a pagi..haha.semalam ok je..tapi tahan..nk ajar diri tamau tido da lepas subuh..bak kata ibunya Abdullah Kheirul Azzam..tak mau menantu yang tidur leaps subuh,,,hohohoo..tapi memang betol pon...tak tido lepas subuh nih banyak khasiatnye..walaupon saye pon tak berapa nk ari ape kelebihannyo...yang penting hari kite lebih best!!hihi
ok..hari ni sebenarnyo nk cite pasal penggunaan nama Allah oleh agama lain..beberapa hari doh jugop terdetik dale hati nok tulis pasal bendo nih..tapi hari nih br tergrok nk tulis..gomen2.kalu ado saloh gapo2 tulun tegor..sayo nih just nk mencurahkan n kongsi apa yang saya dengar n dapat time sy de kat utp nih...diorang2 nih ado tanyo ustaz n ustazah..so nnti kte cerita same2 ye..sape2 lagi yang nk kongsi gak,komen ke,pendapat ke,,juz comment or buat je post baru..ok??
sebelom tuh..jom kite selongkar kronologi dio..sy pon dop arif mano..cr2..inile yang saye jumpe..[banyok hok saya jupo..tapi untok ada salah paham..sebab sy sendiri pon tak sure mane so hok betol..so,sy amik keratan2 die...ado link sy copy...nnti ado maso g bace ye..]
****Isu ini bermula apabila KDN (Kementerian Dalam Negeri) tidak memperbaharui permit oleh akhbar berkala, Herald yang diterbitkan khusus untuk penganut Kristian di Sabah & Sarawak. Alasan KDN ialah wujud perkataan Allah dalam akhbar tersebut, yang merujuk kepada God iaitu tuhan yang pertama di dalam konsep trinity dalam ajaran Kristian.Bagi mereka yang tidak tahu apa itu trinity ini jawapannya. Trinity adalah satu konsep ketuhanan dalam Kristian. Ia merujuk kepada God (Allah), Son of God (Jesus @ Isa) dan Holy Spirit (Ruhul Qudus, ada yang kata merujuk pada Malaikat Jibril @ Gabriel).Ini bermakna, selama ini sudah lama perkataan Allah ini digunakan dalam Herald. Dan ianya tidak pernah menjadi isu. Apa yang KDN buat telah menyebabkan sesuatu yang tidak diketahui oleh umat Islam di Semenanjung sebelum ini akhirnya terdedah.Dengan larangan tersebut, sudah tentulah penerbit akhbar Herald membawa isu ini ke mahkamah. Dan baru-baru ini mahkamah memutuskan akhbar Herald boleh menggunakan perkataan Allah di dalam terbitannya. Harus difahami, keputusan mahkamah itu terhad hanya kepada penggunaan nama Allah dalam akhbar Herald sahaja.Mengapa nama Allah digunakan dalam penerbitan mereka? Ini mungkin persoalan yang menganggu kita. Tapi sebelum kita nak marah-marah. Fahami dulu isu yang sebenarnya. Jangan tiba-tiba melompat menjadi jaguh agama, dalam masa yang sama, mengambil rasuah tanpa rasa berdosa.Di Sabah dan Sarawak, kebanyakan penganut Kristian di sana adalah terdiri daripada suku kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak seperti Kadazan, Iban, Murut, Orang Ulu dan lain-lain. Bahasa yang digunakan dalam gerakan dakwah Kristian di sana adalah dalam Bahasa Melayu. Dan mereka merujuk God sebagai Allah. Mungkin ini sesuatu yang janggal bagi orang Islam di Semenanjung. Tapi bagi penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, itulah nama tuhan yang mereka kenali. Begitu juga dengan penganut Kristian di Indonesia dan juga di Timur Tengah, seperti di Lubnan dan Palestin.***Title: Re: Isu Nama Allah Kembali Lagi.Post by: Tok Mudim on January 04, 2010, 09:36:09 AM ...http://mymesra.net.my/forum/index.php?action=printpage;topic=3332.0
****Menyelusuri kronologi isu ini yang bermula dari tahun lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebenarnya telahpun memutuskan untuk memberi kebenaran kepada majalah Herald-The Catholic Weekly (khusus untuk golongan Kristian Katolik) untuk merujuk istilah 'God' dengan kalimah Allah.***ARKIB : 12/01/2010 UTUSAN MALAYSIA Hikmah di sebalik isu kalimah...http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm
****Mahkamah Putuskan Majalah Katolik Herald Boleh Guna Perkataan 'Allah' KUALA LUMPUR: Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya,Mahkamah Tinggi di sini memutuskan hari ini[tak sure tarikh berapa-ezne].Mahkamah itu membuat keputusan bahawa setiap orang mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan "Allah".Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan mingguan itu.Selepas keputusan itu, Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, yang mewakili menteri dan kerajaan, meminta penjelasan mahkamah sama ada keputusan itu akan menjejaskan penerbitan Herald bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Disember 2010.Beliau berkata ini disebabkan permohonan itu adalah untuk tahun ini dan bukannya untuk penerbitan tahun depan.Peguam yang mewakili gereja berkenaan, Porres Royan, memaklumkan kepada mahkamah bahawa menteri telah pun memberi permit baru pada awal tahun ini untuk penerbitan tahun depan."Keputusan itu dengan sendirinya jelas. Menteri telah pun memberi permit baru untuk tahun depan. Saya percaya menteri akan akur dengan keputusan ini," katanya.Kamaluddin memberitahu mahkamah bahawa beliau perlu mendapatkan arahan daripada menteri sama ada keputusan hari ini akan menjejaskan permit baru untuk penerbitan tahun depan memandangkan ia membabitkan perkara yang sangat serius.Katanya, beliau juga perlu mendapatkan arahan daripada responden mengenai sama ada untuk merayu atau memohon penangguhan pelaksanaan keputusan.Lau berkata responden mempunyai 30 hari untuk memfailkan permohonan itu. -BERNAMA****Edirossa...http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t98662.html
setakat tuh je lah dulu untok kronologi..ok?dan setakt yang kite tau ..sampai hari nih..dah 7 gereja yang kene bakar..dan berkenaan kes ini..kite pon tak boleh nak kata mende nih cause n effect of orang Islam nk mengamok ke..or provocation operation from orang kristian sendiri..saje nk menaikkan rasa marah..untok terus menjadikan kes nih hangat n diingati orang..entoh..tok tau nk kata..
>>>baik yang chinese tuh kan??bleh pikir rasional bukan emosi.
>>>perlu ke??paham ke diorang keadaan sebenar kes nih??faham kah kita apa yang sebenar berlaku??sedarkah mereka apa yang jadi sebelom2 in??di tempat lain??
so pandangan2 yang sy dapat dr orang2..[from sharing session dalam usrah n
ceramah..dah diejas2 gne ayat saye sendiri ye...]
1.memang la dibenarkan agama samawi untok gne kalimah Allah..tapi kalu kite consider ngan tahap aqidah orang malaysia sekarang..ditakutkan karang terpesong..contohnye..nnti suatu hari ,ade pamplet2 yang guna ALLAH LOVES JESUS..amacam??kalo bdak2 yang tengok pon mesti pelik kan??konpius..so,orang yang nk pikir senang dalam agama,diorang akan kata yang,sama la Islam ngan kristian..dalam krstian pon ada Allah.baik kristian la..takyah semayang hari2..takyah pose..
2.alasan majalah Herald tuh guna nama Allah adalah untok ganti/refer GOD in english to ALLAH in bahasa..as malay refer tuhan sebagai ALLAH..hari tuh mase ceramah..ustaz ade kate yang kalimah ALLAH sebenrnye adalah kalimah arab..bukan perkataan bahasa melayu..kalo nk gne bahasa..apsal tak gune TUHAN???
3.satu lagi.inilah antara usaha pihak kristian untuk menjadikan kristian lebih dekat dengan orang melayu..untok membuatkan melayu rasa yang kristian mudahdifahami,dekat dengan mereka..masuk ngan melayu..siap gne bahasa..sorang ustaz lain share yang kristian memang menggunakan adat suatu tempat untok mengambil hati penduduk..contoh kat satu tempat di continent afrika..tak sure a nama die...walaupon priest tak dibenarkan kawin..tapi sebab penduduk situ jenis kawin ramai..so die kawin gak la..
4.dan juga da macam nampak yang diorang tak lagi nak menghormati agama rasmi malaysia iaitu Islam..dah boleh nk bangkang2 n lawan MALAYSIA..[tapi kalo ikut aku la kan...macam semua orang dah salah faham la...cube korang ikut satu2,bace balik..sebenarnye kes nih da melebih2..yang kecil dan tak patot jadi kes pon da jadi kecoh semacam???]
cenggitu la kawan2..banyak agi nk tambah..tapi next time eh..lepas nih kite sambong sal politik sket..hihi..
saya dengan berbesar hati jemput kawan2 turut sama bincang hal nih..kalo nk naikkan mane2 tajuk yang menarik pon tak kisah...yang penting kita same2 update kes2 terbaru dalam malaysia n dunia..sukan ke..deko ke..papelah..ok?..
[][
[]saye bukan yang arif lagi tahu..salah tolong betulkan la ye kawan2..yang salah tolong maafkan..ni satu jalan saye nk buat research..hihi...tambah2 la ye..
[][
[facebook ade grup untok issue nih..tapi tak join sebab macam ramai yang ter-over react n salah gune grup..try2 cr la ye..kite ade akal,pikir mane yang betol n salah..
wassalam.jumpa lagi!!!
0 reply???:
Post a Comment